Ain sedang meletak kan kepala nya di bantal empuk,berdebu.Bantal itu sudah setengah tahun jangka hayat nya.Tapi tidak pernah di basuh,di cuci,atau di jemur oleh Ain.Ain lebih selesa dengan bau hapak nya,dengan bau liur nya.
Dia memandang lampu kecil yang terletak di meja belajar,bersebelahan dengan katil bujang nya.Penglihatan nya menembusi mentol lampu yang berkaca-kaca itu,mengingat kan peristiwa petang tadi,di mana Sid datang,menemui nya.
"Ain.Saya benar cinta kan awak.Beri lah saya peluang."
Sid berkata,dalam pelat-pelat Inggeris nya.Ain hanya senyum.Dia membetul kan tudung nya yang tidak cacat pun,sebenar nya.
Sid hanya menunggu jawapan.Nafas-nafas kecil Ain,menghembus kan kepulan asap yang merewang ke udara,dan pecah menjadi halimunan.
Ain berpeluk tubuh.Wajah nya yang cerah,menjadi merah dek kesejukan kota itu yang penuh dengan salji.Sekali sekala,dia memandang wajah Sid.Ada setompok kejujuran di mimik lelaki ini.Tapi,
"Sid.Ain faham apa yang Sid maksud kan.Apa yang Sid mahu kanTapi,agama Ain tidak membenar kan hubungan seperti ini.Ada batas nya."
"Sid tidak minta untuk kita menjadi lebih dari seorang kekasih."
"Habis.?"
"Hurm."
"See.Sid menipu diri sendiri.Sid sudah jujur dan ikhlas untuk mencintai Ain.Tapi Sid tidak mengaku kewujudan undang-undang dan larangan yang di palang oleh agama Ain."
Wajah Sid berubah.Ada unsur-unsur marah pada wajah nya.Penumbuk nya mula di genggam.Ain perasan akan keadaan itu.Tapi dia berlagak tenang.
Tiba-tiba Sid menarik nafas panjang.Dan kelihatan nya,seperti seorang yang sedang berputus asa akan sesuatu.
"Baik lah.Sid akan terus mengejar Ain."
Ain tersenyum,seperti tahu akan hati pemuda itu yang jujur.Sid juga tersenyum.Kali ini,senyum nya nampak semangat,seperti ada satu aura baru yang mengumpul.
Sid menghulur kan tangan,menandakan mahu pulang.Ain memandang susuk anggota itu,dan hanya mengangguk.
Sid memegang belakang kepala nya,dan tersengih,lalu beranjak pulang.
Sebenar nya,Ain tidak kisah untuk menerima cinta sesiapa.Tapi,biar lah orang itu Islam.Dia tidak kisah akan bangsa apa atau darjat mana yang akan di cintai nya nanti.Tapi biar lah Islam.Dia tidak mahu membina maksiat dari syaitan yang direjam.Dia harus berhati-hati.Lagi-lagi,di tempat orang.
Ain tersedar dari angan nya.Dia melihat,di luar tingkap,salji masih meruntuh-runtuh turun.Di kejut nya Suraya di sebelah,yang sedang tidur,lalu di ajak keluar membeli makanan.
Di tempat Ain belajar,ada satu kawasan meniaga yang dijual oleh golongan Muslim.Dan ada segelintir peniaga di sana,berbangsa Melayu.Ini lebih memudah kan Ain untuk berjual beli.
Selepas membeli makanan untuk makan malam,Suraya mengajak Ain untuk lepak-lepak melihat pemandangan salji di taman permainan.Ain bersetuju.
Di beli nya dua cawan coklat panas,dan mereka bersandar di kerusi kayu,di taman permainan itu.Mereka berborak tentang sesuatu yang mudah difahami,sesuatu yang tidak series,yang tenang,untuk melapang kan diri mereka.
-Su.
-Ya.?
-Kau lihat itu.
-Mana.?
-Budak-budak itu.
-Oh.Kenapa Ain.?
-Seronok kan.?
-Ya.Tahu bermain,tidur dan makan.Tidak seperti kita.Belajar-belajar dan belajar.
-Kau tahu tak,Su.?
-Apa.?
-Sid melamar aku.
-Melawak.?
-Tak.Aku tak melawak.
-Series.?
-Ye lahh.
-Oh.Hurm.
-Tapi aku tak terima.
-Alhamdulillah.
-Kenapa.?
-Sid itu bukan sealiran dengan kita.
-Maksud kau.?
-Sid itu agama nya lain.
-Itu aku tahu.Kerana itu aku menolak nya.
Dan perbualan mereka terhenti di situ.Ain dan Suraya pulang ke rumah sewa.Semenjak dari hari Ain menolak cinta Sid,Sid sudah tidak ke kelas lagi.Ain menjadi risau.Sudah sebulan Sid tidak hadir ke kelas.Tiada seorang pun tahu ke mana Sid pergi.
Tiba-tiba,hati Ain penuh dengan Sid.Bangun pagi,Sid.Tengahari,Sid.Malam,Sid.Jadi,dia buat keputusan,untuk ke rumah Sid.
Ketukan pintu yang pertama,tidak di jawab.Dan Ain mencuba lagi.Selepas itu,seorang perempuan tua,yang Ain rasa ialah ibu Sid,membuka pintu.
Ibu Sid bilang,Sid sudah lama tidak pulang.Sudah 3 minggu lama nya.Sebelum itu,Sid hanya berkurung di dalam bilik.Tapi tiada perubahan negatif yang berlaku pada nya.Hanya biasa-biasa.Cuma dia suka berkurung di dalam bilik sahaja.
Dan selepas itu,Sid keluar dari rumah,dan tidak pulang-pulang lagi.
Ain mula putus harapan.Dia pun pulang ke rumah.Jiwa nya hampa.Tapi,dia bukan lah sesiapa untuk Sid.Dan Sid bukan lah sesiapa juga untuk Ain.Jadi,Ain biar kan sahaja.
Apabila Ain sampai di rumah nya,dia lihat ada seorang lelaki botak sedang mengetuk pintu rumah nya.
"Sorry.?"
Ain menegur lelaki itu.Terkejut bukan kepalang.Lelaki botak itu ialah Sid.
"Hai Sid.Mana awak pergi.?"
Kata Ain separuh teruja.
"Saya pergi mencari orang-orang yang arif tentang apa yang saya cari selama ini."
Ain membisu.Dia tidak faham.Apa yang di cari nya,sampai sebulan tidak nampak batang hidung,dan membotak kan seluruh kepala.Entah.
"Sid.Ibu awak risau kan awak."
"Jangan risau.Saya sudah memberitahu pada dia sebelum saya keluar dulu."
Mereka saling berpandangan sesama mereka.Tapi Sid cepat-cepat,mengubah kedudukan anak mata.
"Kenapa.?Awak tamahu pandang saya.?"Ain bertanya,agak pelik dengan tingkah itu.
"Maaf.Tuhan saya murka pada hamba-Nya yang tidak menjaga pandangan."
"Erk.Sid.?Awak kenapa.?"
"Oh ya.Nama saya bukan lagi Sid.Nama saya Abdullah.Enak kan maksud nya.?"
Ain tergamam.